Perbicaraan kes liwat Anwar ditangguh sehari lagi

KUALA LUMPUR, Feb 9 – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehari lagi ekoran permintaan peguam utama ketua pembangkang itu mahu menjawab afidavit pendakwa raya berhubung permohonan agar Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan daripada mendengar kes itu.

Karpal mengemukakan permohonan itu semalam atas alasan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dalam permohonan mereka agar dikenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia yang membuat liputan kes liwat kedua Anwar kali ini.

Read more...

Royalti minyak: Antara reality dan manipulasi politik

KUALA LUMPUR, Feb 9 — Pembayaran wang ihsan RM20 juta untuk dinikmati penduduk Kelantan mulai bulan depan dianggap satu manifestasi keprihatinan kerajaan pusat bahawa rakyat negeri itu tidak dipinggirkan.

Bayaran itu merupakan lima peratus daripada hasil pengeluaran gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301, yang berdekatan dengan perairan negeri itu, sejak Mei 2008.

Ini bermakna, sekalipun blok itu tidak terletak dalam wilayah perairan Kelantan, rakyat negeri itu masih mendapat manfaat daripada hasil pengeluaran petroleum di kawasan terbabit mengikut “semangat” perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada 1975.

Read more...

MP Zul ramal ahli PKR keluar parti beramai-ramai akhir Feb

KUALA LUMPUR, Feb 9 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meramalkan akan ada anggota parti itu yang bertindak keluar daripada PKR secara beramai-ramai dalam masa dua hingga tiga minggu ini.

Peguam itu berkata demikian ketika PKR berhadapan dengan desas-desus beberapa wakil rakyatnya akan keluar parti itu sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun wakil rakyat berkenaan yang dihubungi menafikan mereka akan berbuat demikian.

Read more...

MB Perak: Keputusan Nizar lawan Zambry pagi ini

MB Perak: Keputusan Nizar lawan Zambry pagi ini

KUALA LUMPUR, Feb 9 — Penantian hampir setahun siapakah yang menerajui Perak sebagai Menteri Besar akan terjawab apabila Mahkamah Persekutuan bersidang untuk mengumumkan keputusannya pagi ini.

Keputusan dijangka diumumkan kira-kira 9.30 pagi ini.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, akan mengumumkan keputusan mereka sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) kekal sebagai Menteri Besar atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PKR-PAS, mendapat semula jawatan itu.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada, dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Read more...

Guan Eng sedia berdepan rakan tidak sehaluan dalam Pakatan

KUALA LUMPUR, Feb 9 — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup berhadapan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang tidak sehaluan semata mata untuk menjaga kepimpinan yang diamanahkan oleh rakyat dalam pilihan umum ke-12 dua tahun lalu.

“Jika dulu kawan, sekarang lawan, nak buat macam mana. Mereka yang pilih macam tu.

“Demi perubahan Pulau Pinang, saya sedia menerima risiko,” kata Lim dipetik Harakah Daily.

Read more...