Saiful dakwa Facebook papar mesej minta dia dibunuh

Saiful dakwa Facebook papar mesej minta dia dibunuh
Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Feb 9 —  Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pengadu dan saksi pertama kes liwat ketua pembangkang itu membuat laporan polis dia menerima ancaman bunuh menerusi rangkaian sosial Facebook.

Menurut Saiful Bukhari (gambar, kanan), seorang yang bernama ‘Anaz Zahari’ telah mengugut dia dengan memuatkan satu kenyataan pada ruangan Facebook peminat Anwar.

Mesej itu berbunyi, “ANAZ ZAHARI: Kepada kawan-kawan... sesiapa yang tahu atau berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana, adalah wajib untuk membunuh, menggunakan apa jua cara sekalipun demi keamanan manusia...”

Read more...

MB Perak: Zambry dari BN sah, kekal

MB Perak: Zambry dari BN sah, kekal

TERKINI 1

Oleh Debra Chong

PUTRAJAYA, Feb 9 — Penantian hampir setahun siapakah yang menerajui Perak sebagai Menteri Besar yang sah terjawab pagi tadi apabila  keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN).

Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang.

Zambry dilantik sebagai menteri besar selepas BN memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran sokongan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) keluar parti masing-masing akhir Januari 2009.

Read more...

Kematian pembantu Indonesia Muntik kerana pukulan di belakang

SHAH ALAM, Feb 9 — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kematian pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani pada Oktober 2009 disebabkan kecederaan belakang kesan pukulan benda tumpul dengan jangkitan kuman daripada ulser di kaki kanannya.  Dr Norliza Ibrahim, 34, Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini berkata terdapat beberapa komplikasi apabila mangsa mengalami patah tulang belakang.

Beliau yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Muntik pada 26 Oktober 2009 mendapati si mati mengalami kecederaan pada saraf tunjangnya yang  menyebabkan beliau lumpuh dari paras tulang belakang dada yang ke-12 ke bawah (hujung kaki).

Read more...

Perbicaraan kes liwat Anwar ditangguh sehari lagi

TERKINI

KUALA LUMPUR, Feb 9 – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehari lagi ekoran permintaan peguam utama ketua pembangkang itu mahu menjawab afidavit pendakwa raya berhubung permohonan agar Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan daripada mendengar kes itu.

Karpal mengemukakan permohonan itu semalam atas alasan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim dalam permohonan mereka agar dikenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia yang membuat liputan kes liwat kedua Anwar kali ini.

Read more...

Arifin: Nizar bebas kemuka undi tak percaya terhadap Zambry

Arifin: Nizar bebas kemuka undi tak percaya terhadap Zambry

PUTRAJAYA, Feb 9 — Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir Perak berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang sah.

Dalam penghakimannya, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah telah melaksanakan hak diraja baginda dengan menitahkan Zambry mengangkat sumpah sebagai menteri besar setelah baginda mendapat kepastian bahawa penentang Zambry, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pakatan Rakyat, telah hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan negeri.

Read more...